MALAYSIA-SINGAPORE-BRUNEI-INDONESIA-THAILAND-BANGLADESH
ADMIN AKAN UPDATEKAN INFO & TESTIMONI TERKINI DALAM MASA TERDEKAT

Maklum balas sertamerta CALL/WHATSAPP Faizah Abu Bakar 019-3227519

Friday, July 16, 2010

Mineral

Mineral juga dikenali sebagai galian inorganik dimana terbahagi kepada mineral utama atau elemen makro (tubuh memerlukan lebih daripada 100 mg sehari) dan mineral surih (tubuh memerlukan kurang daripada 100 mg sehari).

Mineral merupakan salah satu elemen kimia yang diperlukan organisma hidup selain karbon, nitrogen, hidrogen dan oksigen untuk mengekalkan proses biokimianya serta fungsi metabolik fizikal dan biokimia yang normal.

Mineral dibekalkan secara semulajadi dari makanan kita dan pengambilan mineral dietari yang mencukupi adalah penting untuk mengekalkan kesihatan kita. Namun begitu, tahap mineral yang berlebihan juga boleh menyebabkan masalah kesihatan secara langsung atau tidak langsung.

Mineral utama (saranan pengambilan makanan atau RDA melebihi 200 mg sehari) yang memainkan peranan penting dalam fungsi fisiologi manusia adalah:-
1.Kalsium (Ca)
2.Klorin (Cl)
3.Magnesium (Mg)
4.fosforus (P)
5.Kalium (K)
6.Natrium (Na)
7.Sulfur (S).

Mineral surih (saranan pengambilan makanan atau RDA kurang daripada 200 mg sehari) yang diperlukan tubuh adalah:-
1.Kromium (Cr)
2.Kuprum (Cu)
3.Kobalt (Co)
4.Fluorin (F)
5.Iodin (I)
6.Ferum (Fe)
7.Mangan (Mn)
8.Selenium (Se)
9.Zink (Zn)

Walaupun iodin tergolong sebagai mineral surih, ia boleh dianggap sebagai mineral utama kerana tubuh kita memerlukan pengambilan iodin yang lebih tinggi. Secara amnya, walaupun tubuh kita memerlukan jumlah natrium yang lebih tinggi, ia tidak tergolong sebagai suplemen nutrien kerana pengambilan dietari kta biasanya mengandungi kandungan natrium yang memadai atau berlebihan. Terdapat banyak penyelidikan yang membuktikan bahawa manusia memperoleh manafaat daripada suplemen mineral.

Mineral dan vitamin mempunyai hubungan saling bersandaran dan bekerjasama secara sinergestik serta memerlukan kehadiran satu sama lain untuk memperoleh manafaat yang penuh.

Punca-punca mineral:-
● Kalsium : produk tenusu dan sayur-sayuran berdaun hijau
● Magnesium : kekacang, kacang soya, koko
● Natrium : garam (punca utama – natrium klorida), susu, bayam
● Kalium : kekacang, bijirin, pisang
● Klorin : garam boleh makan (punca utama)
● Sulfur : daging, telur, kekacang
● Ferum : daging merah, sayur-sayuran berdaun

Seabuckthorn padat dengan mineral seperti ferum, zink, kalsium, magnesium, iodin, kalium dan sebagainya. Contohnya, peranan utama kalium adalah untuk mengekalkan imbangan asid-bes (pH), mengambil bahagian dalam metabolisme tenaga dan mengekalkan fungsi normal otot.

Oleh itu, pemakanan yang seimbang dengan pengambilan nutrien yang mencukupi dapat mengekalkan fungsi fisiologi dan metabolisme tubuh yang normal seterusnya meningkatkan kesihatan yang menyeluruh dan optimum.

Free Image Hosting at www.picturetrail.com

FAKTA POPULAR

Email Admin

Hubungi kami untuk kami BUKTIKAN:
Nama:
Alamat Email:
BLOG URL
Catatan
Pastikan email anda betul kerana sukar untuk Admin membalasnya.
Maklum balas sertamerta call/sms Faizah Abu Bakar 019-3227519
Related Posts with Thumbnails