MALAYSIA-SINGAPORE-BRUNEI-INDONESIA-THAILAND-BANGLADESH
ADMIN AKAN UPDATEKAN INFO & TESTIMONI TERKINI DALAM MASA TERDEKAT
Maklum balas sertamerta CALL/WHATSAPP Faizah Abu Bakar 019-3227519

Saturday, November 12, 2011

Kanser Usus

Apa itu usus?
Usus ialah organ terpanjang dalam sistem penghadaman. Ia mempunyai dua bahagian:
  1. Usus kecil- tempat makanan diserap
  2. Usus besar- tempat air dan garam diserap
Terdapat dua bahagian dalam usus besar iaitu kolon dan rektum.


Apa itu kanser usus?
Kanser usus atau barah usus yang juga dikenali sebagai kanser kolorektal adalah salah satu daripada kanser yang kerap berlaku. Ia nya ketumbuhan kanser yang biasanya bermula dari dalam lapisan usus besar. Ia boleh membesar lama di situ sebelum merebak ke bahagian tubuh yang lain. 

Kolon yang dijangkiti kanser
Kanser usus merupakan penyakit yang amat digeruni oleh sesiapa termasuk anda. Kanser usus merupakan penyakit barah yang utama bagi lelaki dan ketiga paling banyak menyerang kaum wanita di negara ini.

Oleh sebab itu, lebih awal kanser ini dikesan lebih cerahlah peluang untuk menyembuhkannya. Peluang untuk sembuh adalah 90%, jika penyakit ini dikesan pada peringkat awal.

Terdapat juga langkah-langkah yang boleh anda ambil untuk mengurangkan risiko kanser usus. 


Tanda-tanda kanser usus
Tidak semua kanser usus menunjukkan tanda-tanda atau simptom awal tetapi anda harus berjumpa dengan doktor jika anda alami mana-mana yang berikut:
  1. Keluar darah daripada dubur atau terdapat darah selepas membuang air besar.
  2. Perubahan ketara pada tabiat membuang air besar: contohnya , lebih kerap membuang air besar atau najisnya cair, kerap sembelit dan/atau rasa lebih kerap hendak buang air besar daripada biasa.
  3. Berasa tidak puas selepas membuang air besar.
  4. Sakit perut.
  5. Berat badan turun tanpa sebab yang nyata.
  6. Berasa penat, lemah atau sesak nafas tanpa sebab. Gejala ini mungkin disebabkan oleh anemia akibat kekurangan zat besi. Anemia jenis ini boleh disebabkan oleh kanser usus.

Individu yang berusia empat puluh tahun ke atas perlu awasi tanda-tanda amaran kanser usus. Jika anda mempunyai salah satu daripada tanda-tanda kanser usus di atas, sila berjumpa doktor yang akan merujukkan anda untuk menjalankan beberapa ujian tertentu. Jika hasil ujian menunjukkan terdapatnya kanser usus, rawatan awal adalah lebih baik.


Golongan yang menghadapi risiko kanser usus
Risiko anda semakin tinggi jika: terdapat sejarah ahli keluarga yang menghidap kanser usus. Anda pernah menghidap penyakit radang usus iaitu kolitis ulser atau kolitis Crohn lebih daripada lapan tahun. Jika anda berusia 50 tahun ke atas risiko diserang kanser amat tinggi.


Rawatan kanser usus
Rawatan untuk kanser usus adalah sesuatu yang kompleks dan mencabar Seperti mana terdapat pelbagai jenis penyakit kanser begitu jugalah ada banyak jenis rawatan untuk kanser. Pembedahan merupakan pilihan utama bagi mengurangkan beban pesakit. Bagaimanapun kemoterapi atau radioterapi mungkin dicadangkan kepada anda.


Ujian saringan barah usus
Ujian saringan kanser usus mampu mengurangkan risiko kanser usus. Ujian kaedah faecal occult blood test (FOBT) atau ujian darah okulta tinja disarankan kepada anda yang sihat berumur 50 tahun ke atas. 

Ujian FOBT merupakan ujian ringkas untuk mengenal pasti tanda-tanda awal kanser. Ujian ini dilakukan dengan mengambil beberapa sampel najis dengan menggunakan kit ujian.Pengambilan sampel anda boleh dilakukan di rumah, kemudiannya dihantar ke makmal untuk dianalisa. 

Ujian FOBT akan menentukan kehadiran darah dalam najis. Sekiranya ada, ujian lanjut perlu dijalankan untuk mengenal pasti punca pendarahan. Peluang untuk sembuh adalah tinggi iaitu sebanyak 90% jika pengesanan awal penyakit kanser ini dapat dilakukan.


Bagaimana kurangkan risiko kanser usus
Anda boleh membantu mengurangkan risiko menghidapi barah usus dengan:
1.Amalkan makanan sihat iaitu makanan berkhasiat, termasuk mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan dan mengurangkan pengambilan lemak haiwan.
2.Amalkan berat badan yang sihat.
3.Amalkan bersenam dengan konsisten.
4.Jauhi tabiat merokok.
5.Elakkan atau kurangkan minum alkohol. 

Jika anda mengamalkan gaya hidup yang sihat, kemungkinan risiko untuk menghidapi kanser usus amatlah kurang.

FAKTA POPULAR

Email Admin

Hubungi kami untuk kami BUKTIKAN:
Nama:
Alamat Email:
BLOG URL
Catatan
Pastikan email anda betul kerana sukar untuk Admin membalasnya.
Maklum balas sertamerta call/sms Faizah Abu Bakar 019-3227519
Related Posts with Thumbnails