MALAYSIA-SINGAPORE-BRUNEI-INDONESIA-THAILAND-BANGLADESH
ADMIN AKAN UPDATEKAN INFO & TESTIMONI TERKINI DALAM MASA TERDEKAT
Maklum balas sertamerta CALL/WHATSAPP Faizah Abu Bakar 019-3227519

Wednesday, September 22, 2010

Gout




Pengenalan
Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan.
• Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.

• Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).

• Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.

• Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi.

• Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.

• Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.

• Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.


Tanda-tanda Gout.
• Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
• Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
• Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
• Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu
menyeksakan.
• Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
• Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
• Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.


Komplikasi
• Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’.

• Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.

• Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:
o Kegemukan

o Darah tinggi

o Hiperlipidemia
o Diabetes


Rawatan Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya.

• Rehatkan sendi semasa serangan gout.

• Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi. Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.

• Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun ia amat berkesan, ia boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor).

• Steroid (Peringatan: Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
o Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang
o Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak
boleh mengambil ubat-ubatan yang lain. Walaubagaimanapun, ianya tidak boleh diambil berpanjangan.

• Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat.


Rawatan Jangka Panjang
Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, anda haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik seperti:
  • Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan.
  • Mengelakkan minuman keras
  • Pemakanan – elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi
  • Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi purin yang tinggi. Pemakanan Di bawah disenaraikan makanan yang kaya dengan purin.

ELAKKAN MAKAN DAN KURANGKAN MAKAN
• Organ dalaman seperti hati, paru-paru,ginjal dan otak
• Ikan bilis, kembung, sardin
• Daging cincang
• Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging
• Makanan bercengkerang sepertiketam, udang dan kerang
• Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
• Peanuts, lentil, beans and peas
• Poultry
• Roti jagung dan bijirin Pencegahan .


NASIHAT PAKAR PERUBATAN
• Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal.
• Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout.
• Apabila mengambil Allopurinol, ianya perlu diambil secara berterusan.
• Jangan mengubah atau menghentikan dos Allopurinol semasa serangan gout.
• Minum banyak air.








FAKTA POPULAR

Email Admin

Hubungi kami untuk kami BUKTIKAN:
Nama:
Alamat Email:
BLOG URL
Catatan
Pastikan email anda betul kerana sukar untuk Admin membalasnya.
Maklum balas sertamerta call/sms Faizah Abu Bakar 019-3227519
Related Posts with Thumbnails