MALAYSIA-SINGAPORE-BRUNEI-INDONESIA-THAILAND-BANGLADESH
ADMIN AKAN UPDATEKAN INFO & TESTIMONI TERKINI DALAM MASA TERDEKAT
Maklum balas sertamerta CALL/WHATSAPP Faizah Abu Bakar 019-3227519

Saturday, July 17, 2010

Osteoporosis

Osteoporosis merupakan sejenis penyakit sistematik tulang yang progresif dan disifatkan dengan kemorosotan jisim tulang dan struktur mikro tulang, dimanifestasikan sebagai kerapuhan tulang dan kerentanan mendapat fraktur akibat trauma yang minimum atau ketiadaan trauma.

Osteoporosis merupakan penyakit kronik yang disebabkan oleh pelbagai faktor. Biasanya tiada sebarang manifestasi klinikal yang spesifik sebelum kejadian fraktur. Kaum wanita lebih cenderung dibelenggu osteoporosis berbanding kaum lelaki. Osteoporosis biasanya dihidapi oleh kaum wanita postmenopausal dan mereka yang telah berusia.


Di kalangan pesakit wanita, ia disebabkan oleh defisiensi estrogen. Manakala dikalangan lelaki , ianya disebabkan oleh tahap tetosteron yang menurun akibat disfungsi seksual. Golongan wanita yang postmenopausal lebih tinggi menghidap osteoporisis kerana ia disebabkan kegagalan pramatang ovari. Namun begitu, defisiensi estrogen merupakan faktor utama kejadian osteoporisis.
Selain itu, pengambilan nutrien seseorang individu juga akan mempengaruhi perkembangan tulangnya. Contohnya gaya pemakanan yang rendah kasium dan mereka yang mengalami defisiensi vitamin D akan mengakibatkan gangguan pemineralan matriks tulang maka menyebabkan kejadian osteoporosis.

Tanda-tanda penyakit
Tanda biasa osteoporosis adalah sakit pinggang. Ia boleh dilegakan apabila seseorang itu berbaring terlentang atau duduk. Namun begitu, kesakitan yang dialami akan bertambah sekiranya seseorang itu berdiri atau duduk untuk satu jangkamasa panjang. Pada waktu siang, kesakitan yang dirasai dapat ditahan berbanding pada waktu malam dan ketika seseorang itu bangun pagi. Ia bertambah buruk apabila tekanan ditambah takala seseorang itu membongkok, meregangkan otot, batuk ataupun membuang air besar. Biasanya, sakit pinggang akan terasa dengan kehilangan jisim tulang melebihi 12% dan kifosis akan terjadi selepas permulaan masalah sakit pinggang.
Produk yang disyorkan
  1. Kapsul SNE padat dengan nutrien, termasuklah pelbagai jenis asid amino, vitamin dan mineral. Diantaranya, vitamin D membantu menyerap kandungan kalsium.
  1. Wis-D Essence pula kaya dengan minyak biji seabuckthorn, minyak biji pain, karotena, lilin lebah, daun ginkgo dan stigma crocus sativus yang menggalakkan perkembangan tulang dan melegakan simpton osteoporisis.

Maka, pengambilan Kapsul SNE dan Wis-D Essence boleh mencegah dan melegakan simpton-simpton osteoporisis serta membantu kita mencapai kesihatan yang optimum.


FAKTA POPULAR

Email Admin

Hubungi kami untuk kami BUKTIKAN:
Nama:
Alamat Email:
BLOG URL
Catatan
Pastikan email anda betul kerana sukar untuk Admin membalasnya.
Maklum balas sertamerta call/sms Faizah Abu Bakar 019-3227519
Related Posts with Thumbnails