MALAYSIA-SINGAPORE-BRUNEI-INDONESIA-THAILAND-BANGLADESH
ADMIN AKAN UPDATEKAN INFO & TESTIMONI TERKINI DALAM MASA TERDEKAT

Maklum balas sertamerta CALL/WHATSAPP Faizah Abu Bakar 019-3227519

Thursday, January 10, 2013

Beutskin Essence

 photo beutskin_essence_prom.jpg
Produk paling HOT dalam pasaran.
 
 
"MENGUBAH STATISTIK UMUR MANUSIA"
Fungsi:-
•Melicinkan dan memutihkan kulit.

•Merapatkan hubungan suami isteri walaupun telah mengalami menopaus atau rahim telah dibuang.

•Mempunyai rahsia tersendiri hanya sesiapa yang dah mencuba akan dapat merasai dan mengalaminya, kerana mempunyai kuasa ajaib meningkatkan hormon wanita.

•Sangat baik bagi pesakit yang hormon tak seimbang.


Penggunaan:-
Pagi 2 biji semasa bangun tidur pagi dan malam 2 biji semasa nak tidur.
Ambil semasa perut kosong jarakkan sejam baru sarapan.


KESAN-KESAN SELEPAS PENGGUNAAN BEUTSKIN ESSENCE
3 Hari

Menstabilkan fungsi hati dan buah pinggang, kadar peneutralan toksin dalam badan meningkat dengan nyata sekali, kekangan kapilari darah meningkat, hemoglobin meningkat dengan nyata, ketidakseimbangan 'qi’ dan darah dapat diperbaiki dan memulihkan daya.

10 hari
Keadaan fizikal bertambah baik, sebahagian toksin dalam hati, buah pinggang dan darah dapat disingkirkan, keupayaan anti-pengoksidaan dalam badan meningkat, kapilari darah menjadi lebih lembut, memulihkan dan meningkatkan kekenyalan dinding darah pada masa yang sama menyelaras fungsi ovari.

30 hari
Toksin pada organ dalaman badan dapat disingkirkan lalu dipenuhi dengan bekalan nutrien yang diperlukan, keupayaan baik-diri kulit dipulihkan dan ditingkatkan, fungsi peredaran mikro pada kulit diselaraskan secara efektif.

60 hari
Meningkatkan liang-diri kulit, keupayaan daya penahanan kulit meningkat, fungsi endokrin bertambah baik dan teratur, perubahan daripada kulit yang berwarna kuning gelap kepada kulit cerah berseri-seri.

90 hari
Lebihan lipofusin dan radikal bebas dalam badan disingkirkan, sel-sel menjadi aktif dan keanjalan kulit dipulihkan lalu mengembalikan wajah yang cantik dan kelihatan muda.


Penggunaan jangka masa panjang :-
Metabolisme badan berada dalam keadaan peredaran yang baik, kulit menjadi lembut, licin, sihat, cerah, cantik dan sempurna.

Kod Produk : 10023
Kandungan : 500mg x 60 kapsul
No. Pendaftaran Kementerian Kesihatan : MAL08031430TR
Harga bukan ahli : RM260


Tuesday, August 14, 2012

Obesiti


Menurut statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kira-kira 1.6 billion orang dewasa diseluruh dunia didapati mengalami berat badan berlebihan dan sekurang-kurangnya 400 juta orang dewasa mengalami masalah obesiti morbid. Setiap tahun, sekurang-kurangnya 500,000 kematian adalah disebabkan oleh obesity morbid. Obesiti merupakan berat badan berlebihan yang ketara dengan lapisan lemak yang terlalu tebal dan trigliserida berlebihan yang menimbun dalam badan seseorang.

Jisim lemak badan dinilai dengan menggunakan indeks:-

Jisim Badan (BMI) = berat (kg)/tinggi(m)²

Bacaan BMI yang sihat bagi kaum lelaki ialah 22 manakala bagi kaum wanita adalah 24. BMI diantara 25 hingga 29.9 dianggap sebagai gemuk. BMI diantara 30 hingga 39.9 dianggap sebagai obes. BMI melebihi 40 menunjukkan bahawa seseorang itu mengalami obesiti morbid.

Apakah punca-punca obesiti?
1. Genetik.
2. Kurang senaman atau aktiviti fizikal.
3. Perubahan tahap metabolisme dan fungsi endokrin.
4. Ketidakseimbangan penyerapan tenaga dan penggunaannya.
5. Peningkatan dan pembesaran jumlah sel-sel lemak.
6. Faktor psikologi.
7. Tabiat hidup dan pemakanan.

Apakah kemudaratan obesiti pada kesihatan?
Obesiti menyebabkan gangguan endokrin, kanser, penyakit kulit, diabetes, hipertensi, penyakit kardiovaskular, penyakit sendi, gangguan metabolisme lipid darah, penyakit hempedu dan pancreas, disfungsi sistem penafasan (asma) dan lain-lain.

Punca obesiti dan rawatannya
Obesiti berpunca daripada hasilan peningkatan lemak, badan menerima tenaga yang melebihi keperluannya dalam jangka panjang dimana tenaga yang berlebihan akan bertukar menjadi lemak dan terkumpul dalam badan.

Teori perlangsingan adalah pengurangan berat badan boleh dicapai dengan menguraikan lemak tubuh menjadi gliserol dan asid lemak bebas iaitu cara pemecahan dan penyingkiran lemak badan.

Dengan mengamalkan kapsul SNE dan Excell Tea dapat membantu bagi mereka yang mempunyai masalah ini.


BERITA BAIK


Produk terbaru SNE bagi mereka yang ingin menguruskan badan.
Mudah dan selamat. 


Dapatkan Info

Wednesday, July 4, 2012

Gastrik

Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.


Penyebab Gastrik
Perut meliputi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk. Orang dewasa mempunyai perut sepanjang lebih kurang 25 sentimeter dan boleh mengembang untuk menampung sehingga satu gelen makanan dan minuman.

Tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas semasa perut kosong. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus. Daripada mulut, makanan perlu melalui saliran makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan sebagai esofagus sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang menggodak makanan sehingga hancur.

Kelenjar pada dinding perut, dalam masa yang sama, merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi membantu mencernakan makanan. Salah satu asid termasuklah asid hidroklorik yang bersifat kakis dan boleh melarutkan besi. Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.

Punca-punca lain Gastrik:
  • Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan
  • Pengambilan kokain
  • Merokok
  • Stres
  • Gangguan autoimun
  • Penyakit crohn
  • Radiasi dan kemoterapi
  • Makan atau minum bahan-bahan menghakis seperti racun
  • Pengaliran semula hempedu ke dalam perut
  • Rembesan asid gastrik yang berlebihan
  • Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya
  • Lain-lain masalah perubatan seperti HIV/AIDS, penyakit buah pinggang.
Gastritis Terbahagi Kepada Dua:
  • Akut, apabila keradangan berlaku secara mengejut lazimnya disebabkan oleh gabungan klasik mual dan rasa panas membakar atau ketidakselesaan pada bahagian atas abdomen/hulu hati.
  • Kronik, terjadi secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang, cenderung menyebabkan kesakitan dan rasa terlalu kenyang atau hilang selera makan selepas makan sedikit.
gastritis

Tip Sepanjang Bulan Puasa
  • Mengambil berat tentang pemakanan semasa bersahur bukan hanya disebabkan oleh masalah gastrik tetapi kerana ia merupakan amalan yang disunatkan
  • Bersahur pada waktu menjelang imsak dan bukannya sebelum tidur
  • Bersederhana semasa berbuka dan tidak mengambil makanan berlebihan kerana ini mungkin menyebabkan sebu hulu hati
  • Mengelakkan makan sepanjang malam dan tidur dalam keadaan perut yang penuh. Keadaan ini hanya membebankan usus yang sepatutnya berehat semasa tidur. Oleh itu, makanlah antara tiga hingga empat jam sebelum tidur.
  • Elakkan tabiat terus tidur sebaik makan sahur kerana ia menimbulkan masalah pada sistem penghadaman.
  • Ada sesetengah individu yang alah pada makanan tertentu seperti cuka dan rempah. Jadi, elakkannya.
  • Begitu juga, elakkan makanan yang berlemak
  • Sesetengah sayuran mengeluarkan banyak gas seperti brokoli, kubis dan kacang soya. Hindari makanan ini.
  • Bersahur dengan makanan dan bukan sekadar minum air supaya dapat mengisi perut yang kosong.
  • Amalkan solat tarawih bagi memudahkan penghadaman makanan.

Kapsul SNE sesuai bagi anda yang menghadapi masalah gastrik.

Wednesday, June 20, 2012

Kerosakan hati


Hati yang normal adalah halus dan kenyal bila disentuh. Ketika hati mempunyai masalah penyakit (misalnya Hepatitis C), hati mula menjadi bengkak. Sel hati mulai mengeluarkan enzim alanin aminotransferase ke darah. Dengan keadaan ini doktor dapat memberitahu anda keadaan hati anda. Bila kandungan enzim tersebut lebih tinggi dari normal, maka peringkat awal hati mulai rosak. Sewaktu penyakit hati berkembang, perubahan dan kerosakan hati akan meningkat.


Fibrosis
Setelah membengkak, hati mencuba memperbaiki dengan membentuk  parut kecil. Parut ini disebut "fibrosis", yang membuat hati lebih sulit melakukan fungsinya. Proses kerosakan  akan menyebabkan banyak parut terbentuk dan mulai menyatu, dalam tahap selanjutnya disebut "sirosis".


Sirosis
Kerosakan yang berulang menyebabkan darah tidak dapat mengalir dengan baik pada jaringan hati yang rusak. Hati mulai mencecut dan menjadi keras. Penyakit Hepatitis C kronik biasanya dapat menyebabkan sirosis sama seperti kelebihan mengamalkan minuman beralkohol.


Fungsi hati rosak
Sewaktu sirosis bertambah parah, hati tidak dapat menyaring kotoran, racun, dan ubat yang ada dalam darah. Hati tidak lagi dapat memproduksi “clotting factor” untuk menghentikan pendarahan. Cairan tubuh terbentuk pada abdomen dan kaki, pendarahan pada usus sering terjadi, dan biasanya fungsi mental menjadi lambat. Pada saat ini, pembedahan hati adalah pilihan satu-satunya.

Kanser hati
Kadang kala kerosakan sel hati diikuti dengan perubahan gen sel yang mana kan menjadi kanser. Pesakit Hepatitis C kronik memiliki rasiko lebih tinggi untuk menderita "hepatocellular carcinoma", yakni tumor hati.

Pencegahan Kerusakan Hati
Sirosis dapat dihentikan dan kadang kala dapat dicegah. Untuk pesakit Hepatitis C kronik, sangat penting untuk mencegah kerosakan lebih lanjut pada hati dimana sirosis lebih buruk. Selain itu, jika anda penderita penyakit Hepatitis C hindari alkohol. Juga jangan minum alkohol dengan acetaminophen (merupakan kandungan obat sakit kepala dan flu), karena bila dikonsumsi berbarengan dapat menyebabkan kondisi "hepatitis fulminant", yang dapat menyebabkan fungsi hati akan mengalami kerosakan teruk.


Tip memastikan hati anda dalam keadaan baik
Cuba angkat tangan sebelah tangan kanan dan tekan pada bahagian hati anda, sekiranya keras dan terasa mual mungkin ada kelainan pada hati anda
Lebih-lebih lagi jika anda sering sendawa.

Disini saya, bukan menakut-nakuti anda tapi apabila itu terjadi, silakan dapat rawatan pakar.

Penyakit hati apabila ditangani lebih awal maka peluang sembuh lebih besar.


Produk terbaru Khusus utk Hati.
Dapat kan maklumat


Monday, April 23, 2012

Skizofrenia, Keretakan Jiwa dan Emosi


“Mereka bilang aku gila.” Tegas seorang lelaki pesakit skizofrenia kepada tuan doktor di sebuah hospital sakit jiwa. Berulang-ulang kali diulangnya begitu. Ironinya, sememangnya yang berkata-kata itu adalah salah seorang pesakit jiwa yang dirawat di hospital tersebut. Akan tetapi, apakah yang membuatkan dia begitu yakin dirinya normal?


Jika diteliti kondisi lelaki tersebut, dia sebenarnya mengalami gangguan
pemikiran dan sering memiliki khayalan serta halusinasi. Manifestasi daripada khayalan ini adalah mengeluarkan perkataan yang bukan-bukan. Halusinasi tersebut benar-benar dapat didengar, dilihat, bahkan dirasai oleh si penderita.

Seringkali halusinasi mengarahkan tindakan penderita, mengingati suatu bahaya atau memberitahu dia apa yang harus dilakukan. Bahkan tak jarang si penderita asyik bercakap-cakap dengan para tokoh yang muncul dalam halusinasi ini.
Para penderita skizofrenia sangat yakin bahawa apa yang ia dengar dan lihat juga didengar dan dilihat oleh lingkungan sekelilingnya. Keyakinan ini, kadang-kadang menjadi halangan terbesar bagi penyembuhannya. Kerana jika si penderita masih meyakini halusinasinya, maka ia tetap menganggap dirinya waras.

Apakah itu skizofrenia?
Skizo membawa maksud retak, sedang frenia ertinya jiwa. Oleh yang demikian, seorang yang menderita skizofrenia adalah seorang yang mengalami keretakan jiwa. Gangguan skizofrenia mempengaruhi pelbagai area fungsi individu, termasuk berfikir dan berkomunikasi, menerima, dan menginterpretasikan realiti, merasakan dan menunjukkan emosi, dan berperilaku dengan sikap yang dapat diterima secara sosial.

Sedikit orang tahu bahawa John Forbes Nash Jr., peraih hadiah Nobel bidang Ekonomi tahun 1994, adalah seorang penderita skizofrenia, sampai kemudian sebuah filem yang digarap mantap oleh sutradara Hollywood, Ron Howard membiografikan kisah hidupnya dalam A Beatiful Mind. Dalam filem yang dibintangi oleh Russell Crowe tersebut, susuk tubuh John Nash mengundang banyak simpati.

Filem A Beautiful Mind menggambarkan dengan cukup menarik bagaimana John Nash berkomunikasi dengan tokoh-tokoh khayalannya seolah mereka benar-benar nyata. Ia bahkan meyakini dirinya terlibat dalam sebuah konspirasi militan tingkat tinggi.

Hayati pula bagaimana kisah Amylia dalam novel Rahsia Perindu digarap kemas oleh penulis thriller nombor satu Malaysia, Ramlee Awang Murshid. Amylia, seorang peguambela, bersetuju membela seorang penjenayah yang kemungkinan besar akan menghadapi hukuman mati mandatori kerana membunuh. Tidak tertahan dengan dugaan yang dialaminya, suatu hari Amylia jatuh pengsan. Dan satu demi satu persoalan mula dibongkar oleh Ramlee dengan liciknya bila mana Amylia sebenarnya merupakan seorang pesakit skizofrenia yang mengalami halusinasi tanpa disedarinya dia sendirilah pembunuh yang dicari-cari.

Bagaimanakah skizofrenia terjadi?
Skizofrenia merupakan penyakit yang mempengaruhi otak. Pada otak terjadinya proses penyampaian maklumat secara kimiawi (neutotransmiter) yang akan meneruskannya ke sekitar otak.
Pada penderita skizofrenia, produksi neurotransmiter dopamin berlebihan, sedangkan kadar dopamin pada bahagian lain dari otak terlalu sedikit. Dopamin tersebut berperanan penting pada perasaan senang dan pengalaman mood yang berbeza. Bila kadar dopamin tidak seimbang (berlebihan atau berkurangan), penderita akan mengalami gejala-gejala skizofrenia.

Apakah skizofrenia dapat disembuhkan?
Ubat antipsikotik banyak diedarkan di pasaran yang disarankan oleh doktor. Meskipun efektif mengatasi gejala-gejala skizofrenia, ubat ini menimbulkan pelbagai efek sampingan seperti kekakuan otot, gerakan kaku seperti robot, mengantuk, sindrom metabolik seperti peningkatan berat badan (kegemukan), diabetes melitus, meningkatnya hormon prolaktin dalam darah sehingga menyebabkan gangguan seksual, amenorrhoea (tidak haid), galaktorrhea (keluarnya air susu) dan ginekomastia (membesarnya payudara pada lelaki).

Kesimpulan
Penyakit skizofrenia adalah salah satu daripada penyakit jiwa yang serius melanda manusia dewasa ini, namun itu tidak bermakna pesakitnya tiada harapan untuk sembuh seperti sediakala. Selagi ada usaha, di sana masih ada jalannya.
Sabda Rasulullah SAW: “Li kulli daain dawaa’. Illal maut.”
Maksudnya: “Bagi setiap penyakit itu ada ubatnya, melainkan mati.”

Sumber :http://psipum.org

FAKTA POPULAR

Email Admin

Hubungi kami untuk kami BUKTIKAN:
Nama:
Alamat Email:
BLOG URL
Catatan
Pastikan email anda betul kerana sukar untuk Admin membalasnya.
Maklum balas sertamerta call/sms Faizah Abu Bakar 019-3227519
Related Posts with Thumbnails