Potongan depan perut, menunjukkan pankreas dan duodenum. |
Pankreas adalah organ pada sistem percenaan yang memiliki 2 fungsi utama iaitu menghasilkan enzim pankreas serta beberapa hormon penting termasuk insulin.
Enzim pankreas membantu mencerna makanan di dalam usus kecil, sedangkan insulin akan mengawal kadar gula dalam darah. Kedua enzim dan hormon itu diperlukan untuk mempertahankan tubuh agar bekerja dengan betul.
Beberapa fungsi dari pankreas adalah:
Mengatur kadar gula dalam darah melalui pengeluaran glucagon, yang menambah kadar gula dalam darah dengan mempercepat tingkat pelepasan dari hati.
Insulin mempercepatkan aliran glukosa ke dalam sel pada tubuh apabila pengurangan kadar gula dalam darah berlaku terutamanya otot. Insulin juga merangsang hati untuk mengubah glukosa menjadi glikogen dan menyimpannya di dalam sel-selnya.
Kanser pankreas
Sentiasa dikaitkan dengan kanser perut kerana kedudukannya yang berhampiran sesama lain. Kadang-kala adalah susah memastikan dari mana kanser itu bermula.
Kanser merebak dari kelenjar limfa ke hati, paru-paru dan peritonium. Tahap kematiannya tinggi disebabkan penyakit lewat dikesan dan pembedahan yang susah dan rumit.
Faktor risiko pengidap kanser pankreas:
- Fakta makanan seperti gula dan kopi (minuman segera 3 dalam 1). Merokok dan penyakit kencing manis juga boleh menyebabkan kronik pankreatitis.
- Bilangan penyakit kanser lelaki tinggi dibandingkan dengan wanita (2:1). Purata umur ialah 65 tahun.
Simptom:
- Sakit kuning ialah simptom yang paling biasa ditemui.
- Air kencing yang berwarna kuning pekat, kulit kuning, mata kuning, najis berwarna pucat dan gatal badan.
- Selain dari itu pesakit akan susut berat badan dan rasa mual.
- Rasa keletihan dan sakit menyucuk dalam perut.
Diagnos
- Pemeriksaan klinikal dimana pesakit akan menunjukkan sakit kuning, sirosis hati.
- Ultrasound abdominal, endoskopi ‘retrograde cholangiopankreatografi' dengan mengambil biopsy.
- Menggunakan petanda protin tumor seperti CEA dan CA 19-9.
Rawatan:
- Pembedahan bergantung kepada lokasi kanser di atas pankreas, ukurannya dan tahap kanser tersebut.
- Kanser pankreas boleh dibedah sekali gus dengan mengeluarkan sebahagian usus kecil, perut, hempedu dan limpa. Ianya pembedahan yang besar dan rumit yang boleh dicuba jika kanser itu kecil dan belum lagi merebak.
- Kes-kes pada tumor yang besar atau telah merebak boleh menggunakan kaedah radiasi dan kemoterapi.
Rawatan susulan:
- Mengkaji tahap petanda protin kanser
Pencegahan:
- Mengawasi kencing manis dengan elok.
- Berhenti merokok
- Membuat ujian darah untuk petanda protin kanser.