MALAYSIA-SINGAPORE-BRUNEI-INDONESIA-THAILAND-BANGLADESH
ADMIN AKAN UPDATEKAN INFO & TESTIMONI TERKINI DALAM MASA TERDEKAT

Maklum balas sertamerta CALL/WHATSAPP Faizah Abu Bakar 019-3227519

Thursday, August 26, 2010

STROK DI MALAYSIA

Emosi. Imbangan. Koordinasi. Penglihatan. Pendengaran. Deria rasa. Pergerakan Terkawal.

Strok adalah punca kematian ketiga terbesr di Malaysia. Hanya penyakit jantung dan kanser mengatasinya. Ia dianggap sebab utama kehilangan upaya yang teruk, dan setiap tahun, dianggarkan 40,000 rakyat Malaysia mengalami strok. Sesiapa sahaja boleh mengalami strok, termasuk kanak-kanak. Namun, kebanyakan kes menimpa orang dewasa.


Apakah strok?

Fungsi-fungsi otak Strok adalah serangan otak dan terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu. Otak adalah pusat saraf tubuh, mengawal setiap yang kita lakukan atau fikirkan, di samping mengawal fungsi-fungsi automatik seperti pernafasan.

Untuk berfungsi, otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien yang amat penting. Apabila saluran darah di dalam otak anda pecah ataupun tersumbat, bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien. Bahagian otak itu mula mati. Anda mengalami strok. Dengan pantas, Dengan senyap. Kerosakan otak menjejaskan deria-deria anda, pertuturan dan pemahaman bahasa. Sebelah tubuh mungkin lumpuh, sikap, corak pemikiran dan ingatan terubah.


Serangan Iskemia Sementara (TIA)
Strok Iskemia: Apabila timbunan plak terbentuk di dalam arteri, ia menghalang pengaliran darah, menyebabkan ketulan-ketulan darah beku terbentuk, lalu mengganggu bekalan darah ke otak. Satu tanda penting ancaman strok adalah Serangan Iskemia Sementara (TIA), juga dikenali sebagai strok mini. Ia berlaku kerana gangguan bekalan darah yang sementara kepada bahagian-bahagian otak. Gejala-gejalanya amat serupa dengan strok sebenar, tetapi, tidak seperti strok yang serius, gejalanya muncul kurang dari 24 jam dan kemudian pulih sepenuhnya.

TIA adalah petunjuk yang sebahagian otak tidak mendapat darah yang mencukupi dan terdapat risiko berlakunya strok. TIA tidak boleh sekali-kali dibiarkan dan perlu dilaporkan kepada seorang profesional perubatan secepat mungkin.


FAKTA POPULAR

Email Admin

Hubungi kami untuk kami BUKTIKAN:
Nama:
Alamat Email:
BLOG URL
Catatan
Pastikan email anda betul kerana sukar untuk Admin membalasnya.
Maklum balas sertamerta call/sms Faizah Abu Bakar 019-3227519
Related Posts with Thumbnails